INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Arca berusia 35,000 tahun ditemui

Thursday, May 14, 2009

 

ARCA berusia 35,000 tahun berbentuk seperti wanita ditemui di sebuah gua dekat Ulm, Jerman.

ULM - Sebentuk arca yang berusia 35,000 tahun ditemui di sebuah gua di Jerman dan didakwa saintis sebagai model patung wanita paling awal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Arca yang diperbuat daripada gading itu menunjukkan bentuk seorang wanita yang mempunyai payu dara besar dan ia mungkin merupakan gambaran seorang wanita tanpa pakaian pertama dihasilkan.

Sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Tubingen di Jerman menemui arca berukuran 6.35 sentimeter itu tertanam dalam sebuah gua dekat Ulm, Jerman.

Seorang pakar ukiran Dr. Paul Mellars dari Universiti Cambridge berkata, arca kecil dari kawasan di selatan Jerman itu perlu dianggap sebagai tempat lahirnya arca tulen di Eropah. - Agensi

Kosmo!

15 Mei 2009

0 comments: