INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

35 tahun tak mandi kerana mahu anak lelaki

Thursday, May 14, 2009

 

Upacara mandi di sungai Ganges, India

NEW DELHI: Seorang bapa tujuh anak perempuan tidak pernah mandi sepanjang 35 tahun lalu dalam usahanya untuk mendapatkan anak lelaki.

Kailash ‘Kalau’ Singh sebalikya ‘bermandi api’ setiap petang dengan berdiri sebelah kaki di tepi unggun api, menghisap ganja dan berdoa kepada Tuhan Shiva, menurut laporan akhbar Hindustan Times.

“Ia umpama menggunakan air untuk mandi. Mandi api membantu membunuh kuman dan jangkitan dalam badan,” kata Kalau, 63.

Dia yang berasal dari bandar Varanasi, mencetuskan kemarahan keluarganya apabila enggan mandi di Sungai Ganges selepas abangnya mati lima tahun lalu.

Kedai runcit yang dimilikinya terpaksa ditutup kerana pelanggan enggan datang berbelanja. - AFP

Harian Metro

13 Mei 2009

0 comments: