NATALIE bersama seekor ikan daripada keluarga baung yang berjaya ditangkap menerusi batang pancingnya di Tasik Ratchaburi, Thailand.
BANGKOK - Seorang pelajar perempuan berumur 10 tahun, Natalie Carter mengejutkan pakar pemancing kerana dia mencipta rekod dunia di Thailand, lapor sebuah akhbar semalam.
Natalie berjaya menangkap seekor ikan air tawar seberat 3.31 kilogram sekali gus mencipta rekod bagi kategori pemancing di bawah umur 10 tahun.
Pelajar itu berjaya menangkap sejenis ikan daripada keluarga baung tetapi dia kemudian melepaskan haiwan itu ke sungai.
Bapanya, David berkata: "Terdapat pergelutan sengit dan walaupun beberapa orang dewasa menawarkan diri untuk membantu, dia enggan menyerahkan batang pancing.
"Jika ada seorang pemancing yang membantunya, rekod itu akan musnah," jelasnya.
Natalie menggunakan umpan hidup di Tasik Ratchaburi yang terletak dua jam perjalanan dari Bangkok.
Pelajar perempuan itu berkata: "Bapa berasa cemburu tetapi ia menyeronokkan. Saya mengambil masa selama 45 minit tetapi saya berusaha untuk melakukannya." - Agensi
Kosmo!
9 Mei 2009
0 comments:
Post a Comment