INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Doktor mahu rungkai misteri kembar di India

Thursday, May 14, 2009

 

SEJUMLAH pasangan kembar bergambar di kampung Kodinhi, India.

KODINHI - Beberapa doktor cuba untuk merungkai misteri di sebuah kampung di India apabila lebih 220 pasangan kembar lahir dalam 2,000 buah keluarga, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar-pakar yang melawat kampung Kodinhi di Kerala bingung berhubung fenomena itu.

Pada tahun 2008, sebanyak 15 pasangan kembar dilahirkan daripada 300 kelahiran di kampung itu.

Sejak lima tahun lalu, sebanyak 60 pasangan kembar dilahirkan.

Seorang peminat kes kembar, Dr. Krishnan Sribiju percaya bilangan pasangan kembar yang dilahirkan di kampung itu jauh lebih tinggi.

"Apa yang menjadi lebih menarik ialah peningkatan bilangan kembar pada setiap tahun. Saya berpendapat, sejak 10 tahun lalu, bilangan kembar di Kodinhi berjumlah dua kali ganda," katanya.

Menurut penduduk kampung, fenomena kembar itu bermula sejak tiga generasi lalu.

Dr. Sribiju berkata, berdasarkan pengetahuannya, kes kembar itu berlaku antara 60 hingga 70 tahun lalu.

Menurutnya, dia tidak mengetahui dengan pasti punca fenomena kembar itu berlaku.

"Namun, saya menganggap mungkin ia mempunyai kaitan dengan minuman dan makanan yang dimakan oleh penduduk kampung," katanya.

Menurutnya, kajian bagi mengetahui punca kembar itu penting bagi membantu pasangan tidak subur memperoleh anak. - Agensi

Kosmo!

13 Mei 2009

0 comments: