INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri dua pelancong maut di Phuket

Thursday, May 7, 2009

 

KRABI – Dua pelancong asing meninggal dunia secara misteri manakala dua lagi jatuh sakit selepas mereka bercuti di Pulau Phi Phi, Phuket, Thailand, lapor akhbar Phuket Gazette semalam.

Setakat ini pihak berkuasa masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung kes kematian pelancong itu.

Seorang kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bangkok, Michael Turner berkata, seorang warga AS, Jill St. Onge, 26, meninggal dunia pada 2 Mei lalu selepas dia dibawa ke sebuah hospital oleh teman lelakinya, Ryan Kell yang turut jatuh sakit.

Turner memberitahu sebelum St. Onge dimasukkan ke hospital, kedua-dua pelancong tersebut mengalami muntah-muntah.

Keluarga wanita itu mewujudkan satu laman web bagi menyiarkan berita tersebut.

Dalam laman itu, Kell menyatakan dia mengesyaki penyaman udara dalam bilik hotel mereka sebagai punca yang menyebabkan mereka jatuh sakit.

Menurutnya, dia terselamat kerana kurang berada dalam bilik hotel berbanding kekasihnya.

Bilik yang sama itu turut disewa oleh dua wanita Norway selepas Kell dan kekasihnya menginap.

Seorang wanita Norway itu, Michelle Bergheim meninggal dunia pada 4 Mei lalu di sebuah hospital di Phuket. – Agensi

Kosmo!

8 Mei 2009

0 comments: