INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Payah lupa kelibat 'wanita kebaya merah'

Thursday, May 21, 2009

 

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

KANGAR-Dua pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun semalam mengakui sukar melupakan kelibat satu 'lembaga' wanita berkebaya merah di laluan tersebut walaupun ada di antara peristiwa itu berlaku lebih 10 tahun lalu.

Seorang penduduk berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Ahmad Jan berkata, satu sebab dia sukar melupakan kelibat 'wanita berkebaya merah' itu ialah kerana ia hampir membuatkan kenderaan yang dipandunya terbabas kira-kira sedekad lalu.

"Saya nampak lembaga berbaju merah itu dekat sebatang pokok besar di pembahagi jalan antara rumah pam dan jejambat menghala ke hentian rehat Gurun.

"Memang seram betul, mujur saya sempat mengawal kenderaan walaupun tengah memandu laju," dakwanya kepada Kosmo! semalam.

Ahmad berkata, kelibat wanita itu sebenarnya turut dilihat oleh ramai pemandu lain khususnya yang menggunakan laluan tersebut pada waktu malam.

Bagi seorang pegawai bank dari Alor Setar, Suhail Rahim, giliran dia ternampak 'lembaga' itu ialah pada Hari Raya Haji tahun lalu.

"Saya ternampak wanita kebaya itu semasa melalui satu selekoh selepas R&R Gurun dan cukup terkejut sampai hampir terlibat dalam kemalangan.

"Sejak itu, saya sanggup menggunakan jalan lama Alor Setar-Sungai Petani meskipun perjalanannya lebih jauh," ceritanya.

Kosmo!

22 Mei 2009

0 comments: