INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

'Lembaga' itu bukan hantu - Mufti

Thursday, May 21, 2009

 

Imej Hantu Pelak yang dipetik dari blog uncleseekers.blogspot.com

KUANTAN-Bukan roh atau hantu lebuh raya tetapi syaitan atau jin.

Demikian jelas Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengenai kemunculan 'lembaga' wanita berbaju merah dalam gambar yang dirakamkan oleh seorang guru di sebuah stesen minyak dekat Lebuh Raya Utara-Selatan, Gurun, Jumaat lalu.

Abdul Rahman berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada kitab al-Qur'an dan Hadis Nabi.

"Hantu tidak ada tetapi jika lembaga itu ada wajah, ia adalah jin atau syaitan kerana makhluk seperti ini boleh menyerupai sesiapa.

"Sebagai contoh jika orang yang telah meninggal dunia dilihat pulang ke rumah, dia bukan roh tetapi jin ataupun syaitan," katanya ketika dihubungi semalam.

Muka depan Kosmo! semalam melaporkan beberapa peristiwa aneh dialami guru terbabit, Mohd. Fitri Mohamad dan keluarganya semasa bercuti di Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas termasuk kemunculan imej lembaga dipercayai wanita berbaju merah dalam gambar yang dirakamkan di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat Gurun.

Namun lain pula pandangan Ketua Penyelidik Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Syed Hussein Alatas yang percaya lembaga itu adalah apa yang dikenali sebagai 'Hantu Pelak'.

Beliau yang juga dikenali sebagai Uncle berkata, istilah yang merujuk kepada makhluk halus itu sudah digunakan sejak 1950-an lagi.

Uncle mendakwa ia jelmaan mangsa kes bunuh yang mayatnya belum lagi ditemui atau dikebumikan.

Kosmo!

22 Mei 2009

0 comments: