INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tandas histeria di Gurun

Thursday, May 21, 2009

 

Oleh SHAH NIZAM OMAR

WARTAWAN Kosmo!, Shah Nizam Omar mengisi minyak keretanya di stesen di R&R Gurun pada kira-kira pukul 5.30 pagi semalam, iaitu pada waktu dan tempat yang sama dengan rakaman imej ‘wanita berkebaya merah’ dibuat pada Jumaat minggu lepas.

GURUN – Kejadian aneh dan menyeramkan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan seperti yang dialami Mohd. Fitri Mohamad dari Kangar, diakui bukan kejadian pertama di situ.

Malah dua bulan lalu, seorang wanita tempatan tiba-tiba diserang histeria ketika berada dalam tandas pada satu malam di kawasan R&R itu dan ia disaksikan sendiri oleh seorang tukang masak gerai makan di situ, Habibah Mustafa, 46.

“Dia meracau-racau dalam bahasa Indonesia sampai dekat 20 minit.

“Bila tengok keadaannya tak berubah, keluarga dia terus bawa pergi dengan kereta,’’ katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Habibah bagaimanapun tidak pernah pula mendengar cerita mengenai ‘wanita kebaya merah’.

Kosmo! yang meninjau ke hentian tersebut pada pukul 5 pagi semalam, iaitu waktu yang sama Mohd. Fitri mendakwa telah merakamkan gambar satu lembaga wanita berbaju merah, mendapati suasana di tempat yang menjadi persinggahan pemandu lori itu sangat sunyi.

Mohd. Fitri yang juga seorang guru bahasa Arab di Perlis mendakwa kelibat ‘lembaga’ berbaju merah itu kelihatan dalam gambar digital yang dirakamkannya di stesen minyak itu pada kira-kira pukul 5.30 pagi, Jumaat lalu.

‘Lembaga’ itu pula didakwa telah mengikut mereka sekeluarga bercuti sehingga ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur dan kononnya dilihat berjalan keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya apabila berhenti di Padang Besar pada hari Isnin.

Bagi pemandu lori, Zaidi Mohd. Jaafar, 25, dia juga berhadapan dengan pengalaman aneh terjumpa wanita berbaju putih di hentian rehat sebelah Pendang pada pukul 5.30 pagi semalam tidak jauh daripada R&R Gurun.

"Waktu itu saya susun barang di dalam lori dan ternampak wanita itu memakai baju putih seperti seragam doktor dengan baju kurung berbunga di dalam," ceritanya.

Apa yang pelik kepada Zaidi ialah hentian itu tidak dibuka kepada semua kenderaan kerana sedang dinaik taraf.

"Dia berdiri betul-betul di jalan masuk ke hentian itu dan ketika saya melintasinya, dia merenung tajam ke arah saya," katanya.

Pekerja stesen minyak, Norfadzilah Md. Saad, 20, pula berkata, dia setakat ini belum berdepan dengan peristiwa menyeramkan seperti itu walaupun kerap bekerja syif malam.

Kosmo!

22 Mei 2009

0 comments: