GAMBAR fail 14 Julai 2008 menunjukkan kawasan sumber air terbesar di planet Marikh.
INDIANA - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) merangka pelan untuk melancarkan ekspedisi mencari kehidupan di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.
Pakar geologi dan ahli panel Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Profesor Lisa Pratt berkata, saintis percaya terdapat kehidupan seperti mikro organisma di bawah permukaan tanah planet itu.
"Kami perlu menggali sehingga beberapa meter ke dalam planet merah itu (Marikh). Bagaimanapun, misi tersebut tidak akan dilakukan dalam tempoh terdekat," katanya.
Menurut pakar berkenaan, bukti bahawa terdapat benda hidup di Marikh adalah berdasarkan gas metana yang dikesan di ruang angkasa planet itu.
Gas metana itu terbentuk akibat proses pernafasan mikro organisma seperti yang terdapat pada organisma halus di bawah lapisan air batu di Bumi.
Sama ada teori para saintis NASA itu benar atau sebaliknya hanya akan dibuktikan pada 2011 apabila agensi angkasa lepas itu mengadakan ujian terperinci di permukaan Marikh dengan menggunakan makmal bergerak. - Agensi
17 Januari 2008
0 comments:
Post a Comment