INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Wanita dakwa rakam gambar UFO

Monday, April 13, 2009

 

GAMBAR ini dirakamkan oleh seorang wanita yang mendakwanya objek terbang tidak dikenali (UFO).

ABERYSTWYTH - Beberapa gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berjaya dirakamkan oleh seorang wanita, Sonja Lewis mungkin dapat mengubah pendirian mereka yang skeptikal mengenai kewujudan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.


Gambar-gambar itu menunjukkan dengan jelas sebuah piring terbang sedang berada di ruang angkasa muara Dyfi berdekatan bandar Aberystwyth, Wales pada 28 Disember lalu.


"UFO itu sungguh cantik. Saya tidak pernah melihat objek seperti itu," kata Lewis.


Piring terbang itu berlegar-legar di ruang udara selama 45 minit sebelum hilang daripada pandangan wanita itu.


Ketika ditanya mengenainya, beberapa pakar kaji cuaca menyatakan rakaman itu bukan UFO, sebaliknya sejenis awan yang terbentuk ketika udara bergerak ke kawasan pergunungan.


Bagaimanapun, kenyataan mereka gagal melemahkan kepercayaan 78 peratus rakyat Britain yang percaya terdapat kehidupan lain di alam semesta ini selain manusia.


Dalam satu tinjauan melibatkan 3,000 orang baru-baru ini, lebih 35 peratus responden percaya insiden bilah kincir angin patah di Lincolnshire baru-baru ini adalah kerana dilanggar UFO. - Agensi


17 Januari 2009


0 comments: