INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Saintis temui bukti kehidupan di Marikh

Monday, April 13, 2009

 

GAMBAR menunjukkan kapal peninjau Spirit berada di Planet Marikh pada 13 April 2005.

FLORIDA - Para saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) percaya kehadiran gas mentana di planet Marikh mungkin berasal daripada makhluk yang hidup dalam bentuk organisma di bawah tanah di planet berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.


Gas yang banyak dikeluarkan oleh lembu di Bumi itu dikesan oleh pesawat peninjau yang mengelilingi Marikh dan juga melalui teleskop gergasi di Bumi.


Beberapa saintis sebelum ini mendakwa gas mentana juga terbentuk oleh proses gunung berapi tetapi tiada gunung berapi yang aktif di Marikh.


Pakar-pakar merumuskan bahawa gas metana itu dikeluarkan sebagai bahan buangan oleh organisma yang tinggal dalam air di bawah ais bawah tanah.


Seorang saintis Britain, Nick Pope berkata, bukti terbaru itu merupakan penemuan yang penting.


"Apa yang lebih mustahak dalam kehidupan manusia adalah mengetahui bahawa kita sebenarnya tidak berseorangan di dunia ini," katanya. - Agensi


16 Januari 2009


0 comments: