INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jumaat hari perogol sarung kaki mengganas

Thursday, April 23, 2009

 

Oleh HAFIZ ABBAS

INILAH Flat Sri Prima di Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan yang didakwa menjadi sasaran perogol mencari mangsa.

KUANTAN - Ketika umat Islam lain membuat ibadat dengan bersolat pada hari Jumaat, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menjadikan hari tersebut sebagai masa mencari wanita untuk dirogol dan disamun.

Lelaki yang memakai sarung kaki wanita bagi menutup wajahnya dikatakan memilih Flat Sri Prima, Jalan Haji Abdul Aziz di sini dan sebuah hotel bajet tidak jauh dari flat tersebut bagi mencari sasarannya.

Kemunculan perogol itu mula heboh selepas dua wanita yang masing-masing tinggal di flat dan sebuah hotel di situ menjadi mangsa rogol lelaki itu.

Kes pertama berlaku pada pukul 10 pagi Jumaat 10 April membabitkan seorang wanita yang tinggal di sebuah hotel.

Seminggu kemudian, juga pada hari Jumaat, seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah di flat tersebut menjadi mangsa kedua dipercayai membabitkan lelaki sama.

Semasa kejadian kedua-dua mangsa itu tinggal bersendirian di kediaman masing-masing.

Ramai penduduk di situ yang mula bimbang dengan kejadian tersebut mengaitkan kemunculan lelaki itu dengan amalan ilmu hitam.

Suspek berusia 20-an itu hanya bersenjatakan sebilah pisau ketika dia mengetuk pintu rumah atau bilik hotel bagi melakukan jenayahnya.

Sebaik mangsa membuka pintu, dengan pantas suspek itu bertindak masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Dalam kedua-dua kes itu, suspek dikatakan merogol selepas merampas barangan berharga milik mangsa.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan mengenai dua kejadian rogol dan samun yang dipercayai membabitkan lelaki sama yang berlaku pada hari Jumaat.

Kosmo!

24 April 2009

0 comments: