BUNBURY, Australia – Seorang pencipta, Peter Terren mencipta imej menggemparkan apabila menembak arus elektrik 500,000 voltan ke dalam tubuhnya ketika dia duduk seperti ukiran patung The Thinker, lapor sebuah akhbar semalam.
Ukiran patung The Thinker yang dihasilkan pada abad ke-19 dicipta oleh pengukir dan pelukis Perancis, François-Auguste Rodin.
Terren sanggup menyabung nyawa apabila melakukan aksi itu dengan menggunakan gelung elektrik Tesla yang dibeli dari beberapa buah kedai peralatan elektrik.
Terren yang berumur 52 tahun memakai topeng muka yang dibuat daripada jaringan halus besi tahan karat bagi melindungi wajahnya.
Dia turut memakai sut penebat bagi tujuan keselamatan.
Arus elektrik yang ditembak dari rod Tesla itu membentuk imej separa bulatan sebelum ia melalui sut penebat dan keluar ke bumi melalui kasutnya.
“Saya melakukan aksi maut ini kerana mahu mencabar bidang sains,” katanya.
“Pernafasan saya akan terhenti dan saya akan mati jika terkena beberapa percikan api itu,” tambahnya. – Agensi
Kosmo!
24 April 2009
0 comments:
Post a Comment