INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Gadis keluar air mata darah

Thursday, April 16, 2009

 


PATNA - Seorang gadis, Rashida Khatoon dianggap sebagai keramat di India selepas sejumlah penduduk melihat dia mengeluarkan air mata darah, lapor sebuah akhbar semalam.


Beberapa doktor di Patna berasa hairan dengan keadaan Rashida dan belum mengetahui punca menyebabkan dia menangis air mata darah beberapa kali dalam sehari.


Namun, beberapa penduduk tempatan menganggap keadaan diri Rashida sebagai satu keajaiban.


Sejumlah penduduk berduyun-duyun mengunjungi rumahnya dengan memberikan Rashida dan keluarganya hadiah.


"Saya tidak pernah berasa sakit apabila ia berlaku (menangis) tetapi terkejut kerana melihat darah dan bukannya air," kata Rashida. - Agensi


Kosmo!

8 April 2009

2 comments:

Anonymous said...

ehm....cuma terfikir..
maybe budak nih ade mkn ape2 drugs that can cause kluarnye air mata darah..
like Rifampin, it may cause reddish-orange discoloration of urine, stools, sweat, saliva or tears...
so, u'll see those patients who take this drug will have this bloody-tears kind of condition.

zulazahari said...

Anonymous,

Ya, mungkin. Setiap kejadian itu pasti ada puncanya, dan itulah juga tujuan blog ini diadakan, walaupun entri di dalam blog ini merupakan cuplikan drpd akhbar dan majalah, tetapi ia cuba untuk membuatkan kita berfikir sejenak tentang fenomena yg kita katakan luar biasa, walhal Allah SWT telah pun menyatakan tiada apa yg mustahil jika Dia mengkehendakinya berlaku. Terima kasih atas komen anda.