INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Harimau kumbang di desa Britain?

Thursday, April 16, 2009

 

GAMBAR telefon bimbit yang didakwa sebagai harimau kumbang.


NEW DENHAM - Seorang lelaki merakamkan seekor harimau kumbang menerusi telefon bimbit di sebuah kawasan luar bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Lelaki itu, Paul Keehn, percaya bahawa dia melihat seekor harimau kumbang di kawasan padang di kampung New Denham, Buckinghamshire. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya.


"Saya merakamkan gambar itu dan menunjukkan kepada kekasihnya saya kerana saya berpendapat dia tidak akan mempercayainya," kata Keehn yang bertugas sebagai seorang juruelektrik.


Beberapa pakar mendakwa imej itu yang dirakamkan di New Denham mungkin yang paling menambat perhatian bahawa harimau kumbang wujud di Britain.


Bagaimanapun, Persatuan Harimau Kumbang Britain berasa ragu-ragu dengan penemuan lelaki itu. - Agensi


Kosmo!

7 April 2009

0 comments: