INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bayi selamat letupan bom

Thursday, April 16, 2009

 

SEORANG lelaki mendukung seorang bayi lelaki yang terselamat dalam letupan bom kereta di utara Baghdad semalam.


BAGHDAD - Satu keajaiban berlaku di sini semalam apabila seorang bayi lelaki terselamat tetapi ibunya terbakar hidup-hidup dalam satu letupan bom kereta, kata beberapa saksi.


Menurut polis dan beberapa saksi, bapa bayi itu cedera parah dalam serangan yang berlaku tidak jauh dari sebuah makam di Kadhimiyah, utara Baghdad.


Dalam kejadian itu, sebanyak lapan orang terbunuh.


Bayi itu berumur enam bulan dan ibu bapanya berada dalam sebuah kereta yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Nuwab Street apabila bom tersebut tiba-tiba meletup.


"Kami berusaha untuk membawa bayi itu keluar dari dalam kereta. Bayi itu luka dan berlumuran dengan darah ibunya," kata seorang mekanik, Sadiq al-Maliki.


Menurutnya, ibu bayi itu kemudian meninggal dunia di tempat kejadian.


"Kami juga membantu memadamkan api yang menjilat pakaian bapanya dan dia kemudian dihantar ke sebuah hospital," kata Sadiq.


Seorang pejalan kaki, Raad Sabeeh Razal yang berdiri di tepi jalan selepas kejadian itu berkata, anggota-anggota polis menyerahkan bayi itu dan meminta dia menjaganya.


"Bayi itu menangis. Isteri saya menyuapkan makanan dan dia kini berada dalam keadaan baik.


"Saya akan menjaganya sehingga kami dapat menemui keluarganya," tambah Raad.


Kelmarin, satu siri serangan bom menyebabkan 34 orang terbunuh dan hampir 140 lagi cedera. - AFP


Kosmo!

8 April 2009

0 comments: