Tubuh dapat meramal
Sebuah penyelidikan baharu mencadangkan tubuh badan manusia boleh mengetahui sesuatu perkara yang besar bakal berlaku sejurus sebelum ia benar-benar terjadi.
Jika benar, penemuan yang diterbitkan pada 17 Oktober 2012 dalam jurnal
Frontiers of Perception itu bakal menjadi titik mula atau asas undang-undang semula jadi yang masih belum ditemui.
"Bagaimanapun kami masih lagi mencari penerangan yang lebih saintifik agar ia boleh diterima dari segi sains," kata saintis neuro Universiti Northwestern, Julia Mossbridge yang juga penulis bersama kajian tersebut.
Bagaimanapun, terdapat beberapa saintis yang berasa skeptikal dengan interpretasi tersebut dengan mencadangkan kajian itu sebagai berat sebelah.
Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan tindak balas fizikal termasuk kadar degupan jantung, pengembangan pupil dan perubahan aktiviti otak antara satu hingga 10 saat sebelum orang melihat imej menakutkan seperti ular.
Bagi memastikan kesan tersebut benar, Julia dan pasukannya menganalisis lebih 24 buah kajian.
Sebagai sebahagian kaedah analisis, mereka telah menolak apa-apa jenis eksperimen yang dilihat sebagai berat sebelah atau mengalami kecacatan.
Otak tahu mencongak tempoh masa
Berdasarkan jam atau kedudukan matahari di langit, manusia dengan mudah boleh mengetahui berapa detik waktu yang telah berlalu.
Sebuah kajian terbaharu mendedahkan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Kajian menunjukkan bahawa otak tidak mempunyai jam induk, sebaliknya setiap litar otak individu boleh belajar untuk mengetahui masa.
"Orang beranggapan apabila anda perlu menetapkan sesuatu masa, terdapat beberapa litar jam dalam otak yang melakukannya," kata penulis bersama kajian tersebut, Geoffrey Ghose, yang merupakan saintis saraf di Universiti Minessota, Amerika Syarikat.
"Selalunya, anda menggunakan isyarat luaran dan peristiwa untuk mengetahui pukul berapa ketika itu, seperti memasak di luar dan melihat kedudukan matahari atau melihat terus kepada jam. Tetapi, sebenarnya anda mempunyai deria masa yang berlaku tanpa kita sedari," katanya.
Penemuan tersebut telah disiarkan pada 30 Oktober 2012 dalam jurnal
PLos One.
Kosmo!
7 November 2012
0 comments:
Post a Comment