INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Marikh pernah ada lautan

Tuesday, November 24, 2009

 


WASHINGTON – Satu rangkaian lembah yang dijumpai di Marikh membuktikan planet merah itu pernah diliputi lautan luas, menurut satu kajian terbaharu yang diterbitkan kelmarin.

Namun, perdebatan timbul selama beberapa dekad lalu sama ada lembah di Marikh itu wujud akibat proses hakisan air yang disebabkan kelembapan, hujan atau air bawah tanah.

Sebelum ini, kekurangan imej perbandingan di permukaan Marikh menolak teori hujan tetapi data topografi satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) menunjukkan terdapat rangkaian sungai yang lebih luas seperti jangkaan awal.

Penemuan itu disiarkan melalui Journal of Geophysical Research hasil kajian profesor geografi Universiti Northern Illinois, Wei Luo dan saintis Tomasz Stepinski dari Institut Bulan dan Planet di Houston, Texas. – AFP

Kosmo!

25 November 2009

0 comments: