INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kangaroo cuba lemaskan anjing

Monday, November 23, 2009

 


Seekor kangaroo cuba untuk melemaskan seekor anjing dan menyerang pemiliknya dengan ganas apabila dia datang menyelamat, kata paramedik Isnin lalu.

Kangaroo itu membenam anjing tersebut dalam air pada sebuah empangan dekat Melbourne dan menyebabkan kecederaan pada muka pemiliknya yang berusia 49 tahun apabila dia terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anjing peliharaannya.

"Lelaki berusia 49 tahun itu terjun ke dalam empangan dan berjaya membebaskan anjingnya tetapi dia telah tercedera dalam proses tersebut," kata paramedik Michael Vosbergen.

"Dia mendapat luka yang dalam pada abdomennya, merentasi mukanya dan mata dan sejumlah calar pada dadanya, muka dan lengannya."

Lelaki itu dirawat di hospital berdekatan selepas insiden itu pada hari Ahad.

Bulan lepas, seorang penunggang motosikal mati akibat merempuh seekor kangaroo di Canberra. -AFP

0 comments: