INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Tulang tengkorak tumbuh semula

Wednesday, October 7, 2009

 

GAMBAR kiri menunjukkan plat logam diletakkan pada tengkorak Moore (kanan).

LONDON - Seorang pesara berusia 72 tahun, Gordon Moore mengejutkan beberapa doktor apabila sebahagian tengkoraknya yang dibuang selepas dia terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 1950-an didapati mempunyai tulang baru yang tumbuh semula, lapor sebuah akhbar semalam.

Moore memakai plat logam selama lebih 50 tahun bagi melindungi otaknya selepas kereta yang dipandu terbalik dekat Berwick, timur laut England tetapi doktor-doktor terkejut apabila melihat plat itu terbonjol keluar dari atas kepalanya pada tahun lalu.

Mereka membedah Moore pada Ogos lalu untuk mencari punca perkara itu berlaku dan mendapati terdapat tulang baru di bawah plat logam itu.

Doktor-doktor mendapati bahagian depan tengkorak Moore yang dahulunya pecah iaitu bermula dari atas kening sehingga di atas kepalanya kembali bercantum.

"Perkara seperti ini hanya berlaku pada kanak-kanak dan bukan orang dewasa," kata pakar saraf yang merawat Moore, Param Bhattahiri.

Menurutnya, mereka membuang plat besi itu kerana pesakit tidak perlu memakainya lagi selepas tengkoraknya kembali pulih seperti manusia normal. - Agensi

Kosmo!

8 Oktober 2009

0 comments: