BANYUWANGI - Ganjil tetapi benar!
Perut seekor lembu di sebuah rumah sembelihan milik Mamad, 45, di sini, Jawa Timur berisi puluhan benda aneh, lapor sebuah akhbar semalam.
Dipercayai, haiwan itu menjadi korban individu yang mengamalkan ilmu hitam.
Penemuan ganjil itu dimaklumkan kepada Mamad oleh dua rakannya iaitu, Alwi, 50 dan Bahrum, 23, yang biasa membantunya untuk menyembelih lembu.
Menurutnya, dia memutuskan untuk segera menyembelih lembu yang bunting itu selepas ia tiba-tiba jatuh sakit walaupun sebelum ini haiwan tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda terkena jangkitan.
"Alwi dan Bahrum yang memberitahu saya bahawa di dalam perut lembu itu ada benda aneh," kata Mamad semalam.
Ketika membersihkan perut haiwan itu, Alwi menemui empat batang jarum berukuran besar, lima jarum kecil, 30 mata pancing besar, lengkap dengan tali pancing yang cukup panjang.
Lebih mengejutkan, sebuah gegancu motosikal lengkap dengan skru dan berada dalam keadaan masih baru turut ditemui di dalam perut lembu itu.
Berdasarkan penemuan tersebut, dia percaya haiwan tersebut menjadi korban ilmu hitam kerana adalah tidak munasabah untuk seekor lembu memakan barang-barang seperti itu. - Agensi
Kosmo!9 Oktober 2009
0 comments:
Post a Comment