INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Fosil dinosaur terkecil di muzium LA

Thursday, October 22, 2009

 

CHIAPPE memegang model dinosaur terkecil dunia di Muzium Sejarah Semulajadi Institut Dinosaur, Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Fosil milik dinosaur terkecil di dunia yang dinamakan Fruitadens haagarorum kini ditempatkan di Muzium Sejarah Semulajadi Institut Dinosaur di Los Angeles (LA) selepas ia ditemui di Amerika Utara, kata beberapa saintis kelmarin.

Pengarah muzim tersebut, Luis Chiappe berkata, spesies itu memiliki berat cuma 900 gram dengan tinggi 10 sentimeter manakala panjang dari kepala hingga ekornya hanya 60 sentimeter.

"Ia seperti watak kartun popular iaitu road runner," kata Chiappe.

Dinosaur itu yang mampu berlari dengan amat pantas, dipercayai memakan tumbuhan dan serangga pada penghujung zaman Jurasik iaitu kira-kira 150 juta tahun dahulu.

Rangka empat haiwan itu termasuk tengkorak, serpihan kaki dan lengan ditemui tiga dekad lalu di Fruita, barat negeri Colorado dan disimpan di muzium berkenaan. - AP

Kosmo!

22 Oktober 2009

0 comments: