INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Dukun dakwa tarikh lahir Susilo bawa bencana

Monday, October 5, 2009

 

ANGGOTA-ANGGOTA penyelamat mengeluarkan satu mayat mangsa gempa bumi yang ditemui dalam Hotel Ambacang, Padang, Sumatera Barat semalam.

Presiden Susilo

GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sejumlah rumah musnah akibat tanah runtuh yang berlaku ekoran gempa bumi di Kampung Limo Koto Timur, Padang Pariaman.

JAKARTA - Sesetengah rakyat Indonesia menyalahkan nasib malang Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) dan bukannya pergerakan kerak bumi sebagai punca gempa bumi kuat melanda wilayah Sumatera Barat pada Rabu lepas.

Susilo yang popular dengan singkatan SBY kerap dipersalahkan berhubung bencana dan tragedi di Indonesia termasuk ombak besar tsunami yang membunuh 220,000 di rantau Asia selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 2004.

Susulan pelbagai bencana yang menimpa Indonesia sejak beliau memerintah, penduduk tempatan menggelarkan singkatan SBY sebagai 'Selalu Bencana Ya'.

Tanggapan bahawa SBY bernasib malang semakin tersemat di hati rakyat selepas bencana terbaru yang dipercayai membunuh lebih 1,000 orang berlaku pada Rabu lepas.

"Jika dilihat pada tarikh lahirnya, SBY akan sentiasa menarik bencana ke atas Indonesia, ia berpandukan kitab Primbon (sebuah kitab ilmu mistik Jawa)," kata seorang ahli politik veteran, Permadi yang turut mengamalkan ilmu perdukunan.

"Lihatlah tarikh lahirnya, 9 hari bulan 9 yang membawa pada jumlah 49 jika didarabkan. Angka itu membawa malang," tambahnya yang merupakan anggota parti Gerindra yang menjadi pembangkang.

Jelas Permadi, bencana lebih besar pasti akan menimpa Jakarta sekiranya Susilo kekal sebagai Presiden Indonesia.

Walaupun tahyul, tanggapan itu telah mempengaruhi ramai penduduk sehingga Susilo terpaksa menerangkan kepada sekumpulan pemimpin di Sumatera Barat bahawa gempa bumi berpunca akibat ketidakstabilan kerak bumi dan bukan dirinya selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dua tahun lalu.

"Magma (kerak bumi) bergerak bukan kerana saya menjadi Presiden. Perbuatan mengaitkan perkara itu dengan nama saya tidak munasabah," beliau dipetik sebagai berkata pada masa itu.

Semalam, Jakarta Post iaitu akhbar berbahasa Inggeris paling laris di Indonesia turut mencadangkan bahawa bencana itu berlaku kerana sifat haloba ahli-ahli politik Indonesia.

Kenyataan disiarkan dalam komentar pengarang berjudul, Kemarahan Tuhan.

"Tidak penting sama ada anda mempercayai teori sains atau sebaliknya kerana gempa bermagnitud 7.6 yang membunuh lebih 1,100 orang itu berlaku menjelang satu majlis keraian yang menelan belanja berbilion-bilion rupiah bagi meraikan para ahli Dewan Perwakilan yang baru dipilih dan Majlis Perwakilan Wilayah di Jakarta," katanya. - AFP

Kosmo!

5 Oktober 2009



0 comments: