INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Anjing dipercayai jelmaan hantu ditangkap

Monday, October 5, 2009

 

SEJUMLAH orang melihat seekor anjing yang dipercayai sebagai jelmaan hantu cekik di dalam sebuah sangkar di Desa Sayung semalam.

DEMAK - Seekor anjing yang dipercayai jelmaan hantu cekik ditangkap oleh penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembaga yang bertukar menjadi haiwan itu berjaya ditangkap oleh penduduk Nglengkong, Desa Sayung di sini malam kelmarin dan kini dikurung di pejabat daerah Sayung.

Anjing tersebut kemudian disimpan di dalam sebuah sangkar dan menjadi tumpuan penduduk tempatan.

Akhbar itu tidak menjelaskan bagaimana 'hantu' itu ditangkap tetapi penduduk kampung tersebut percaya ia muncul dalam bentuk hantu cekik.

Penduduk mendakwa hantu itu menjelma semasa musim kemarau apabila banyak tanaman kurang dihasilkan.

Hantu itu dipercayai mencekik mangsa yang berkhayal tetapi ramai tidak mempercayai hantu tersebut menjelma menjadi anjing. - Agensi

Kosmo!

1 Oktober 2009


0 comments: