INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ibu 18 anak hamil lagi

Wednesday, September 2, 2009

 

MICHELLE dan suaminya, Duggar bersama 18 anak mereka.

SPRINGDALE - Sepasang suami isteri yang mempunyai 18 anak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bakal memperoleh bayi ke-19 pada Mac depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan Michelle,42, dan Jim Bob Duggar,44,turut mendapat kegembiraan berganda kerana anak sulung mereka, Josh serta isterinya Anna bakal menyambut bayi pertama pada bulan depan.

Keluarga besar itu turut muncul dalam program realiti televisyen berjudul 18 Kids and Counting.

Menurut Michelle, dia terkejut kerana hamil lagi. Kehamilan berlaku tanpa dirancang,

Sehingga kini, Michelle sudah hamil selama 147 bulan secara keseluruhan dan mempunyai lima bulan lagi sebelum kelahiran bayi ke-19. - Agensi

Kosmo!

3 September 2009

0 comments: