
CROYDON - Seorang wanita di England, Phyllis Bacon, 55, terkejut apabila mendapati gambar yang dirakamkannya di halaman rumahnya pada 2007 mempunyai imej seperti makhluk bersayap, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan secara spontan semasa Bacon berbual dengan beberapa saudaranya di dapur selepas makan malam di rumahnya di New Addington dekat sini.
Dia yang hairan dengan imej misteri bercahaya itu kemudian mengambil masa berbulan-bulan mencari penjelasan rasional mengenai makhluk bersayap itu sebelum membuat kesimpulan bahawa lembaga itu mungkin pari-pari.
"Saya fikir ia merupakan pari-pari. Tiada seorang pun yang saya temui setelah menunjukkan foto ini dapat memberi penjelasan yang munasabah," katanya semasa mendedahkan gambar itu untuk tatapan umum buat kali pertama. - Agensi
Kosmo!
9 September 2009
0 comments:
Post a Comment