INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kebal tahan peluru

Wednesday, September 9, 2009

 

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Biarpun tubuhnya ditembusi lebih 10 tembakan dilepaskan anggota polis, seorang penjenayah berbahaya ‘Geng Kargo’ masih hidup selepas dipercayai menuntut pelbagai ilmu hitam sebagai pendinding diri.

Suspek yang berusia 35 tahun itu seolah-olah kebal apabila masih mampu bernafas dan stabil walaupun selepas dimasukkan ke wad kecemasan bagi menerima rawatan.

Sumber polis berkata, suspek yang amat dikehendaki polis selepas dikaitkan dengan beberapa siri rompakan lori membawa muatan pelbagai barang berharga turut dikesan memasukkan bebola besi di dalam kemaluannya bagi tujuan kepuasan seks.

Menurutnya, suspek yang diburu polis Bukit Aman dalam satu operasi khas sebulan lalu sebelum ini dikesan tinggal di Semenyih, Kajang, sebelum operasi menjejaki suspek dipergiatkan.

“Suspek akhirnya dikesan memandu kereta curi model Chevrolet dari arah Petaling Jaya sebelum diekori anggota polis yang kemudian cuba memintas dan menahannya.

“Bagaimanapun, suspek enggan menyerah diri sebelum nekad melanggar kereta polis yang berada di hadapannya.

“Suspek kemudian bertindak melepas beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa mempertahankan diri,” katanya.

Menurutnya, polis yang membalas tembakan suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya 10 tembakan mengenai penjenayah berkenaan.

“Polis yang berjaya menumpaskan penjenayah berkenaan kemudian menemui senjata api semi automatik 9mm model Steyr dan beberapa peralatan yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan jenayah dilakukan.

“Penjenayah terbabit kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang dalam keadaan tenat bagaimanapun menimbulkan rasa aneh petugas hospital apabila dilaporkan kembali stabil walaupun masih tidak sedarkan diri.

“Penjenayah yang pada mulanya stabil bagaimanapun mengalami masalah organ dalaman menyebabkan dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir Jumaat lalu di wad hospital selepas sebulan dirawat,” katanya

Harian Metro

9 September 2009

0 comments: