INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sikap berubah kerana kornea

Sunday, August 23, 2009

 

PALMER menjadi rajin selepas mendapat kornea baru.

DONCASTER, England - Seperti kebanyakan lelaki, Will Palmer malas melakukan kerja rumah tetapi dia menjadi rajin selepas memperoleh kornea baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak perunding kewangan berusia 46 tahun itu menjalani pembedahan pemindahan kornea pada Mac lepas, dia suka mengemas rumah sekali gus mengejutkan isterinya, Sarah Gadsby, 45.

"Sebelum penglihatan saya mulai kabur, isteri saya kerap berleter supaya saya membantu kerja-kerja mengemas rumah. Kini, saya suka melakukan kerja rumah," katanya..

Perubahan yang mendadak itu menyebabkan Palmer percaya kornea mata yang diperolehnya itu mungkin milik seorang wanita.

"Saya harap selepas ini saya tidak akan teruja melihat pakaian wanita," ujar bapa kepada tiga anak itu di kediamannya di sini. - Agensi

Kosmo!

22 Ogos 2009

0 comments: