INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kelar ibu sampai mati

Wednesday, August 19, 2009

 

Oleh Abdullah Wahab

KUALA LANGAT: Dia dikatakan menerima ‘bisikan misteri’ daripada bapanya yang sudah meninggal dunia sebelum bertindak mengelar leher ibunya sendiri di Taman Sahabat, Teluk Panglima Garang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 45 tahun dan dipercayai mengalami masalah mental itu mengelar leher ibunya, M Kanagamah, 73, yang sedang sakit menggunakan pisau pemotong sayur selepas mendengar bisikan itu.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Mohammad Radzi Ishak, berkata kejadian itu bagaimanapun hanya diketahui abang suspek yang berusia 50-an kira-kira jam 4.45 petang ketika pulang menziarahi ibunya.

“Sebaik abangnya tiba dan mahu masuk ke dalam rumah, dia dihalang dan tidak dibenarkan masuk.

“Abang suspek tidak berani masuk ke rumah kerana pada masa sama suspek turut memegang pisau,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, suspek tinggal bersama ibunya, manakala ayahnya sudah beberapa tahun meninggal dunia.

Mohammad Radzi berkata, suspek turut memberitahu abangnya yang dia sudah membunuh ibunya selepas mendapat bisikan daripada ayahnya yang meminta dia berbuat demikian.

“Curiga dengan perlakuan itu, abang suspek terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Sejurus menerima aduan, polis bergegas ke rumah itu dan mengambil masa beberapa minit untuk memujuk suspek agar menyerah diri,” katanya.

Menurutnya, sebaik menyerah diri, polis masuk ke dalam rumah sebelum menemui mangsa yang sudah meninggal dunia di ruang tamu dengan kesan kelar pada leher.

“Polis menahan reman suspek selama tujuh hari sehingga Ahad ini dan menunggu laporan perubatan bagi mengetahui keadaan sebenar suspek.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, suspek sudah berkahwin, tetapi isterinya tidak tinggal bersama dan dia pernah berniaga sebelum perniagaannya mengalami masalah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

Harian Metro

18 Ogos 2009

0 comments: