INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kecoh monolit di Marikh

Wednesday, August 5, 2009

 

GAMBAR menunjukkan monolit yang terdapat di Planet Marikh.

MONOLIT yang terdapat dalam filem A Space Odyssey.

PHOENIX - Penemuan sebuah monumen batu di Planet Marikh yang dirakamkan oleh sebuah kapal peninjau telah menarik perhatian peminat angkasa lepas di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Monumen batu berbentuk seperti sebuah tugu kuno atau monolit itu mencetuskan persoalan kemungkinan pernah terdapat kehidupan di Marikh.

Monolit itu mirip dalam sebuah filem sains fiksyen mengenai proses evolusi manusia arahan Stanley Kubrick pada 2001 yang berjudul A Space Odyssey.

"Adakah monolit itu memberi petunjuk bahawa satu tamadun kuno pernah menghuni Marikh?" kata seorang bekas pengacara radio dan peminat fenomena angkasa lepas, David Tyler.

Bagaimanapun, beberapa pakar di Universiti Arizona, Amerika Syarikat (AS) berpendapat monumen sepanjang lima meter itu sebenarnya sebuah bongkah batu yang terbentuk secara semula jadi. - Agensi

Kosmo!

6 Ogos 2009

0 comments: