INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Sihir dalam makanan

Thursday, July 30, 2009

 

Oleh Muhd Izawan Baharin

KUALA LUMPUR: Wanita warga asing yang didakwa menggunakan ilmu hitam menggoda lelaki tempatan sehingga hilang nafsu terhadap isteri masing-masing dikatakan mempunyai kemahiran dalam ilmu sihir pukau dan pembenci.

Pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah di Alor Star, Kedah, Abdul Malik Lazim, berkata sihir pukau dan pembenci atau ‘tafriq’ dalam bahasa Arab bukan saja membuatkan suami membenci isteri, malah boleh membawa kepada perceraian jika tidak dirawat.

“Apabila berlaku kejadian sedemikian, sebenarnya bukan suami saja yang terkena, malah isteri serta keluarganya juga disihir menyebabkan kedua-dua pihak perlu dirawat bagi mengelak kehancuran rumah tangga mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sihir itu berlaku apabila jin yang diseru memesong pandangan suami menjadi benci kepada isteri.

“Dalam keadaan ini, isteri perlu dirawat terlebih dulu bagi menenangkan emosinya daripada bertindak melulu selepas itu perawat akan mengubati suaminya,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kegiatan seorang wanita berusia lewat 50-an didakwa menggunakan ilmu hitam menunduk dan menawan hati lelaki yang ingin dijadikan kekasih gelapnya, menyebabkan beberapa isteri sengsara apabila suami mereka ‘hilang ingatan’ dan membenci ahli keluarga tanpa sebab.

Kegiatan nenek penggoda itu semata-mata mendapatkan wang segera menyebabkan beberapa suri rumah tidak tahan tingkah lakunya membuat laporan polis.

Seorang daripada suri rumah berkenaan yang hanya mahu dikenali Nor, 45, mendakwa suaminya digoda nenek terbabit sehingga menjadi ‘bodoh’ dan tidak dapat mengenali keluarganya sendiri.

Abdul Malik berkata, suami itu mungkin terkena sihir melalui minuman atau makanan disediakan wanita terbabit.

Menurutnya, memang sukar untuk mempercayai perkara ghaib berkenaan bagi sesetengah pihak, namun Allah sudah menerangkan mengenai sihir menerusi surah al-Baqarah ayat 102.

“Bagaimanapun, sihir hanya berlaku dengan izin Allah dan terdapat beberapa amalan untuk orang Islam bagi mengelak terkena sihir seperti membaca surah Al-Mulk selepas solat Zohor, surah An-Naba’ selepas Asar, surah As-Sajadah selepas Maghrib, surah Al-Mulk selepas Isyak dan Yassin selepas Subuh,” katanya.

Harian Metro

30 Julai 2009

0 comments: