INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

‘Iblis’ arah ibu pancung bayi

Thursday, July 30, 2009

 


DALLAS: Melihat kepada gambar di atas, tiada sesiapa menyangka wanita ini akan memenggal leher bayi itu sebelum memakan sebahagian daripada organ anaknya dalam kejadian yang menggemparkan Ahad lalu.

Otty Sanchez, 33, ditemui memancung dan mencincang tubuh bayinya, Scott, yang baru berusia tiga setengah minggu.

Kejadian itu disedari ibu Otty yang menemuinya mendakap Scott yang kaku tanpa kepala.

Polis menemui sebilah pedang, parang dan pisau pemotong daging dari rumah Otty di Texas.

Sumber berkata, Otty mendakwa dia membunuh Scott selepas mendapat arahan daripada iblis.

“Otty juga menikam dirinya beberapa kali dengan pisau,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara Otty, Gloria, berkata kejadian itu tidak disengajakan.

“Otty tidak bermaksud membunuh bayinya, tetapi ketika itu dia tidak waras,” katanya.

Otty kini berdepan dengan dakwaan membunuh tahap pertama. - Agensi


Harian Metro

30 Julai 2009

3 comments:

JJones said...

Otty Sanchez was a Jehovah's Witness -- as was her own mother and other relatives. Yes, these are the same nuts who make a drama out of allowing themselves and their children to die rather than accept a blood transfusion because the WatchTower Society claims that accepting a blood transfusion is the same thing as eating blood.

Why has the media deleted this irony from all reports?

Here is the first of 10 webpages devoted to murders and other crimes committed by JWs:

jwdivorces.bravehost.com/familicide.html

Yus-HerbalifeCoach said...

menakutkan..

zulazahari said...

JJones,

Tq for ur comment and the website

Yus,

Beginilah fenomena dunia skrg, mcm2 yg berlaku.