INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bayi dalam perut buat isyarat V

Friday, July 10, 2009

 

IMEJ imbasan ini menunjukkan bayi Caroline membuat isyarat V.

LONDON - Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."

Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.

Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: "Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik." - Agensi

Kosmo!

10 Julai 2009


3 comments:

budak cute said...

salam
nie dinamakan keajaiban tuhan
hg nie memang banyak blog ker

zulazahari said...

Budak cute,

Mmg banyak untuk mengisi masa terluang. Thanx sebab singgah.

oyen said...

comel nyer peace tuuu!!!
ahahaha..

LOLed