INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Maut elak objek misteri

Tuesday, June 9, 2009

 

SHAH ALAM: Seorang buruh binaan yang cuba mengelak objek misteri yang berada di tengah jalan maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 2.7 Lebuh Raya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala Klang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa, Ng Hup Seng, 35, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas dirempuh dari arah belakang sebuah kereta.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Kepong ke tempat kerjanya di bandar Klang sebelum terbabit nahas.

“Ketika kejadian, mangsa cuba mengelak satu objek di tengah jalan dan pada masa sama, sebuah kereta dari arah belakang gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh mangsa.

“Impak daripada rempuhan itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat. Mayatnya sudah dituntut keluarga sebelum dibawa pulang ke Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama tiga rakan gagal mengelak sebuah motosikal sebelum melanggar papan tanda di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur-Klang berdekatan susur keluar Persiaran Sultan, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, mangsa, Khoo Chun Yee, 26, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Jurucakap berkata, pihaknya tidak menolak kenderaan itu dipandu laju sehingga pemandunya hilang kawalan dan merempuh papan tanda sebelum terjunam ke dalam parit.

“Satu tayar kenderaan terbabit turut tercabut,” katanya.

Harian Metro

9 Jun 2009

0 comments: