INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Idam rekod tebuk kelapa guna jari

Tuesday, June 16, 2009

 

AKSI...Ho (kanan) menunjukkan aksi menebuk buah kelapa muda menggunakan jari telunjuk.

MELAKA: “Saya tidak ada mengamal mahupun menggunakan sihir atau ilmu ajaib, tetapi saya sudah lama mempelajari teknik melakukan aksi ini. Apa yang saya amalkan ialah menarik nafas panjang dan minum banyak air suam.”

Begitu kata Ho Eng Hui, 55, penjual ubat herba dari Pontian, Johor yang mahu mencatatkan namanya dalam Guiness Book of Record dengan menebuk tiga kelapa muda menggunakan jari telunjuk dalam tempoh satu minit.

Pertunjukan bagi mencipta nama berkenaan akan dilakukan di hadapan orang ramai di pentas utama Jonker Walk, Bandar Hilir, di sini, kira-kira jam 9 malam pada Sabtu depan.

Ho berkata, dia sudah membuat persediaan untuk mencipta rekod terbabit kerana menyedari ia memerlukan daya tumpuan yang tinggi, selain tenaga dalaman untuk melakukan aksi berkenaan.

Menurutnya, kebolehan berkenaan diperolehi dengan mempelajari teknik tertentu daripada seorang guru di Singapura selama setahun.

“Saya sudah membuat pertunjukan menebuk kelapa menggunakan jari sejak lebih 30 tahun lalu, dan rasanya sudah tiba masanya untuk mencipta sejarah yang dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia.

“Malah, saya juga bukan hanya ingin memadamkan rekod peribadi malah mahu mencatat nama dalam Guiness Book of Record dengan kepantasan satu minit,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Boon Leong International Gym di Jalan Kubu, dekat sini, kelmarin.

Sebelum ini, Ho pernah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada Februari 2001 lalu selepas berjaya menebuk tiga kelapa muda dengan menggunakan jari yang sama dalam tempoh 70 saat.

Menurutnya, dia yakin mampu menyenaraikan namanya dalam Guiness Book of Record jika mendapat persediaan mencukupi.

Katanya, pengalaman berharga yang diperoleh ketika mengadakan persembahan di Thailand, Hong Kong, Korea dan Jepun secara tidak langsung menjadi pencetus semangat untuk mencipta rekod berkenaan.

Harian Metro

15 Jun 2009

0 comments: