INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Harimau bintang takutkan tikus

Sunday, June 7, 2009

 

SEEKOR harimau bintang kelihatan takut ketika melihat tikus menjamah daging yang merupakan makanan tengah harinya di sebuah zoo di Hertfordshire, Britain.

HERTFORDSHIRE - Bukan sahaja gajah takut kepada tikus tetapi harimau bintang mungkin mempunyai perasaan yang serupa apabila menemui haiwan itu.

Menurut sebuah akhbar semalam, seekor harimau bintang betina di sebuah zoo di Britain enggan menjamah makanan daging kerana kehadiran seekor tikus.

Menurut seorang anggota projek menjaga harimau bintang, Jackie James, seorang anak lelakinya melemparkan daging ke arah haiwan itu supaya aksinya dirakamkan oleh jurugambar.

Dia berkata, harimau berkenaan meluru ke arah daging tersebut tetapi kemudian meninggalkannya kerana kehadiran seekor tikus. Tikus itu memakan daging itu tanpa mempedulikan kehadiran harimau bintang yang jauh lebih besar daripadanya.

Imej harimau itu yang takut apabila menemui tikus dirakamkan oleh seorang pelajar jurusan fotografi, Casey Gutteridge.

"Harimau bintang itu kelihatan terkejut. Ia tunduk dan menghidu tikus itu dan kelihatan seperti berada dalam keadaan takut," katanya. - Agensi


Kosmo!


6 Jun 2009

0 comments: