INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kanak-kanak 2 tahun anggota termuda Mensa

Monday, May 4, 2009

 

GAMBAR menunjukkan Elise bersama ibunya, Louise dan Edward.

LONDON - Seorang kanak-kanak perempuan, Elise Tan-Roberts yang berumur dua tahun empat bulan merupakan anggota termuda pertubuhan Mensa dengan ukuran kepintarannya (IQ) dianggarkan 156, lapor sebuah akhbar semalam.

Mensa merupakan sebuah pertubuhan dianggotai oleh individu yang mempunyai IQ tinggi.

Elise dilahirkan di London pada 16 Disember 2006 dan mempunyai pengaruh pergaulan dari England, Malaysia, China, Nigeria dan Sierra Leone dalam latar belakangnya.

Sebelum hari ulang tahun kelahirannya yang pertama, dia boleh mengenal pasti tulisan namanya dan ketika berumur 16 bulan, Elise boleh mengira satu hingga sepuluh.

"Apakah ibu negara Rusia? tanya ibunya, Louise.

"Moscow," jawab kanak-kanak itu dengan mudah.

"Indonesia?" soal ibunya.

"Jakarta," jawab Elise.

Seorang pakar pendidikan, Profesor Joan Freeman menyatakan Elise mempunyai memori yang luar biasa.

Menurut pemerhatian Freeman, kanak-kanak itu lebih pintar dan berbakat selepas membuat ujian IQ ringkas selama 45 minit.

Ibu Elise itu bekerja sebagai seorang pengarah akaun secara sambilan manakala Edward yang berumur 34 tahun bertugas sebagai perunding kenderaan. - Agensi

Kosmo!

1 Mei 2009

0 comments: