INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Gempar buaya tembaga di Melaka

Sunday, May 17, 2009

 

Oleh ROSLI HASSAN

BUAYA tembaga sepanjang kira-kira dua meter dilihat berjemur di tebing muara Sungai klebang, Melaka semalam. Gambar kecil, keratan Kosmo! 10 Mei.

MELAKA – Selang seminggu selepas akhbar ini memaparkan perbuatan khurafat yang berlaku di Pulau Besar, semalam negeri ini digemparkan pula dengan penemuan seekor buaya tembaga di tebing muara Sungai Klebang sejak empat hari lalu.

Kemunculan reptilia sepanjang kira-kira dua meter itu dan dipercayai berjemur di tebing berkenaan telah menimbulkan tanda tanya.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, buaya itu dilihat berjemur di situ sebanyak dua kali sehari.

“Buaya ini berjemur di tebing Sungai Klebang selama dua jam mulai pukul 9 pagi ketika air surut dan menjelang tengah hari ia menghilangkan diri sebelum berjemur semula pada pukul 4 petang sehingga air pasang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, kemunculan buaya berkenaan bukan kali pertama dilihat oleh nelayan di situ sebaliknya seekor buaya pernah muncul dan berjemur di situ selama beberapa hari tiga tahun lepas sebelum menghilangkan diri.

Namun menurutnya, buaya yang dilihat kali ini mempunyai saiz yang lebih besar daripada sebelumnya.

Seorang lagi nelayan, Mat Sahat Taib, 53, pula berkata, kemunculan buaya itu disedari nelayan di situ sejak empat hari lalu.

Katanya, keselamatan nelayan di situ terancam dengan kemunculan buaya berkenaan selain dibimbangi akan menjejaskan pendapatan mereka.

Info Buaya Tembaga

> Nama saintifiknya Crocodylus porosus dan nama Inggerisnya Saltwater/Indo-pacific Crocodile.

> Warna kuning kecoklatan.

> Reptilia ini hanya akan mengganas sekiranya terancam dan mungkin akan menyerang manusia tetapi biasanya lebih gemar melarikan diri jika menyedari kehadiran manusia.

> Reptilia paling besar dan juga dikenali sebagai Buaya Indo-pacific atau Buaya Air Masin.

> Spesies ini merupakan haiwan yang mempunyai tenaga yang kuat. Kadangkala ia juga dipanggil Buaya 'Naked-Neck' kerana tidak mempunyai sisik besar di bahagian belakang lehernya.

> Habitatnya di sekitar persisiran sungai, lagun dan muara termasuk di lautan terbuka.

Sumber: www.zootaiping.gov.my/bm/r-estaurine.html

Kosmo!

18 Mei 2009

0 comments: