INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

10 histeria selepas main bola jaring

Wednesday, May 6, 2009

 

Oleh HAMID SALLEH

KUALA TERENGGANU: Sepuluh pemain pasukan bola jaring yang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu menyertai Kejohanan Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu 2009 di Kemaman, diserang histeria selepas tamat perlawanan, kelmarin.

Kejadian bermula jam 6.30 petang apabila pemain pasukan berkenaan, Azalina Md Rashid, 27, mengalami kejang otot ketika pulang dari Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Pemain wanita berasal dari Seberang Takir itu yang kemudian beredar keluar dari dewan untuk ke asrama yang menempatkan pemain, diserang histeria sebelum ia merebak kepada rakan sepasukan yang ada bersamanya.

Metro Ahad difahamkan, tiga kakitangan lelaki turut diserang histeria, namun mereka dapat dipulihkan tidak lama kemudian.

Jurucakap Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu ketika dihubungi berkata, semua pemain pasukan bola jaring yang diserang histeria ditempatkan di kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman untuk dipulihkan.

Katanya, seorang bomoh tempatan turut dipanggil untuk memulihkan keadaan dan sehingga jam 11 malam, semua yang diserang histeria dapat dipulihkan kecuali Azalina yang keadaannya dikatakan berlarutan sehingga jam 2 pagi.

“Mangsa masih meronta-ronta dan menjerit dan dia terpaksa dipindahkan ke tempat lain untuk mengelak kejadian itu merebak kepada orang lain,” katanya.

Kejohanan sukan empat hari itu membabitkan 500 pegawai serta kakitangan daripada tujuh Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu bagi lima acara sukan iaitu bola jaring, bola sepak, takraw, badminton dan ping pong dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Metro Ahad

3 Mei 2009

0 comments: