MISSISSIPPI: Seorang wanita mengejutkan polis apabila masih hidup walaupun ditembak di kepala oleh suaminya, malah mampu membancuh teh selepas kejadian itu.
Tammy Sexton, 47, ditembak di dahi pada jarak dekat oleh suaminya dan peluru menembusi belakang kepala wanita itu.
Sexton sedang tidur apabila suaminya, Donald, datang ke rumahnya di Jackson bersenjatakan pistol, menembak isterinya dan kemudian berlari keluar dan membunuh diri.
Sexton menekan kepalanya dengan cebisan kain ketika polis sampai. Sheriff Mike Byrd berkata, Sexton menawarkan secawan teh kepadanya dan mendapati wanita itu sudah pun membancuh teh untuk dirinya. - Agensi
Berita Harian
27 April 2009
0 comments:
Post a Comment