INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Each uisge

Sunday, April 26, 2009

 

Namanya seperti kumpulan Black Metal. Each uisge adalah sejenis makhluk air yang terdapat dalam legenda dan kisah dongeng masyarakat Scotland. Ia juga dipanggil Aughisky oleh masyarakat Ireland. Kerana ia juga merupakan kuda air, ia hampir sama dengan Kelpie. Cuma Each uisge lebih berbahaya.

Difahamkan, Each uisge merupakan kuda air yang paling bahaya di antara kuda-kuda air yang terdapat di Scotland. Sering disalah anggap sebagai Kelpie, Each uisge tinggal di laut, tasik dan kolam air tawar. Each uisge juga boleh menukar rupa bentuknya, sama ada seperti kuda, anak kuda ataupun lelaki kacak. Bergantung kepada siapa yang ingin diumpannya. Sekiranya dia ingin mengumpan kanak-kanak, dia akan menukar bentuknya menjadi anak kuda, sekiranya dia ingin mengumpan lelaki, dia akan menjelma sebagai kuda liar yang tangkas dan sebagai umpan kepada wanita dia akan menjelma menjadi lelaki kacak. Bagaimanapun, manusia dapat mengecamnya sekiranya menemui rumpai air di rambutnya.

Sama seperti Kelpie, kulitnya akan melekap kepada tubuh mangsa apabila disentuh, kemudian menariknya ke dalam air sehingga mangsa lemas, dan memakan tubuh mangsa kecuali hati dan jantung. Selain daripada manusia, lembu dan ternakan juga turut menjadi mangsa Each uisge.

Terdapat sebuah cerita di mana seorang tukang besi dan anaknya berjaya membunuh Each uisge kerana dendam atas kehilangan anak perempuannya di tangan makhluk itu. Tukang besi itu dan anaknya memanggang daging kambing biri-biri di tebing tasik. Bau kambing panggang itu berjaya menarik perhatian makhluk tersebut dan ia timbul untuk mengambil kambing panggang itu. Tukang besi dan anaknya meluru ke makhluk itu dan membenamkan besi panas ke tubuh makhluk tersebut. Apabila makhluk itu mati mereka ke kembali ke kampung untuk memberitahu orang kampung tentang kejayaan mereka. Apabila mereka dan orang kampung kembali ke tempat kejadian, mayat makhluk itu telah hilang sebaliknya yang tinggal adalah cebisan seperti agar-agar.

Sumber : Wikipedia

0 comments: