INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Ubi berbentuk kaki manusia

Sunday, April 12, 2009

 


JULIAH menunjukkan ubi kemili unik yang berbentuk seperti kaki manusia di Pekan, Pahang

JULIAH Ismail cuba membandingkan ubi kemili di sebelah kanan dengan kaki cucunya, Mohd. Najmi Mod Rozi, 8 bulan di Pekan, Pahang .

PELIK. Sewaktu mencabut ubi kemili di belakang rumahnya di Kampung Tanjong Pulai, Pekan tiga hari lalu, Juliah Ismail tidak menyangka ada satu kejutan untuknya. Semua kerana bentuk ubi yang dicabutnya itu seakan-akan tapak kaki bayi. Disebabkan bentuknya yang unik, Juliah tidak bercadang menjual penemuannya itu, sebaliknya mahu menyimpannya sebagai tanda kenangan.

Kosmo!
29 Januari 2008

PEKAN - "Mak cik akui, ramai orang dari jauh dan dekat datang ke rumah semata-mata mahu melihat dan membeli ubi kemili berbentuk kaki kanak-kanak." Demikian kata Juriah Ismail, 71, pemilik ubi berkenaan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Pulai, di sini semalam.

Bagaimanapun, Juriah berkata, sehingga kini hatinya tidak terbuka untuk menjual meskipun ubi kemili tersebut pernah ditawarkan oleh sesetengah pihak dengan harga ribuan ringgit.

"Sejak keluar dalam akhbar, rumah kami sering menjadi tumpuan mereka yang ingin melihat sendiri keanehan ubi yang makcik tanam.

"Mereka kagum dan berasa hairan dengan bentuknya yang istimewa tetapi sampai sekarang, mak cik tak berhajat untuk menjualnya kerana dirasakan ia seperti anugerah Tuhan buat kami sekeluarga," katanya.

Juriah berkata, sebelum menemui ubi kemili pelik itu, dia telah menanam ubi jenis itu di belakang rumah sejak beberapa tahun lalu untuk meraih pendapatan sampingan.

"Ubi jenis ini makcik tanam kerana boleh dijual kerana rasanya sedap apabila direbus, boleh dibuat pengat atau digoreng.

"Kini, ubi kemili mungkin semakin sukar didapati kerana tidak ramai yang menanamnya selain ia hanya boleh dicabut setahun sekali,'' jelasnya.

Walaupun begitu, katanya, beliau masih menanam dan menjualnya kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM5 sekilogram.

Pada 29 Januari lalu, KOSMO! melaporkan Juriah terkejut apabila menyedari ubi kemili yang ditanam di belakang rumahnya berbentuk seperti kaki ketika menggali ubi tersebut.

Kosmo!
21 Februari 2008


0 comments: