INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Saintis minta orang ramai hantar gambar hantu

Wednesday, April 15, 2009

 

GAMBAR yang dirakam oleh Summers menunjukkan wajah kanak-kanak (dalam bulatan) di celah paha seorang rakannya.


RAMBUT wanita ini menunjukkan wajah seorang perempuan.


LONDON - Sekumpulan saintis mengundang orang ramai menghantar koleksi gambar hantu kepada mereka bagi merungkai misteri paranormal, lapor sebuah akhbar semalam.


Saintis-saintis tersebut meminta orang ramai menghantar gambar itu supaya mereka boleh melakukan kajian teliti mengenai imej hantu.


Projek itu adalah sebahagian daripada program Festival Sains Edinburgh.


Satu daripada foto yang paling pelik diterima kumpulan itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit oleh seorang remaja, Matthew Summers, 17, pada tahun lalu.


Gambar sekumpulan rakan yang dirakamkan Summers menunjukkan kepala seorang kanak-kanak menjulur keluar dari celah paha seorang rakannya.


Sejumlah gambar hantu boleh dilihat oleh orang ramai di laman web http://scienceofghosts.wordpress.com.


Seorang pakar psikologi yang mengkaji hantu, Profesor Richard Wiseman yang mengetuai kumpulan itu berkata: "Kadang-kadang anda melihat muka dalam keadaan samar-samar tetapi ia sebenarnya permainan cahaya.


"Otak manusia diprogram untuk melihat muka. Keadaan itu berlaku kerana wajah manusia adalah perkara paling penting yang dapat dilihat di sekeliling kita."


Menurutnya, sepuluh peratus daripada populasi mempunyai pengalaman melihat hantu.


Namun, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang melakukan kajian berhubung bentuk pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah melihat hantu.


"Kita mengetahui hantu cenderung untuk dilihat sebagai satu bentuk jasad dan hanya mendedahkan diri sebagai hantu sebenar apabila ia melakukan sesuatu seperti berjalan menembusi dinding," katanya. - Agensi


Kosmo!

12 Mac 2009


0 comments: