INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Benda pelik di Sungai Belat

Wednesday, April 15, 2009

 

Pemancing sesat di kawasan sama tiga kali dalam masa dua tahun

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


KUANTAN - Penduduk Kampung Belat, dekat sini ada alasan tersendiri yang mendorong mereka memberanikan diri memancing di sebuah sungai di situ walaupun ramai mengakui kawasan itu 'keras' dan 'tidak selamat'.


Puncanya, saiz udang galah di Sungai Belat dikatakan besar.


Namun tidak semua berjaya membawa pulang udang galah. Inilah yang berlaku kepada seorang pemancing berpengalaman, Razali Jaafar, 58. Dia pengsan dan ditemui terdampar di tepi sungai itu oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas sesat sejak empat hari lalu selepas memancing udang galah di sungai itu.


Ini kali ketiga Razali sesat di kawasan hutan nipah itu selepas dua insiden sama sejak dua tahun lalu.


Cerita Razali, dia sedang memancing dalam keadaan lapar di tepi sungai itu pada pukul 7 pagi Isnin lalu sebelum terlihat seekor kambing gurun putih bersama seorang wanita.


Dia mendakwa wanita itu membawa banyak makanan dan mengekorinya sehingga ke hilir sungai.


"Sedar tak sedar, hari dah gelap. Saya cukup lesu lalu rebah. Bila sedar dari pengsan, saya dah terbaring di tebing sungai,''ceritanya semasa ditemui di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam.


Razali terperangkap apabila air begitu cepat pasang melepasi paras kepala sehingga memaksa dia bermalam di situ.


Esoknya, dalam keadaan lesu, dia ternampak orang ramai termasuk yang memakai seragam anggota Bomba dan Penyelamat mencarinya tetapi jeritannya tidak didengari sesiapa.


Begitulah juga pada hari ketiga, Razali yang kelesuan cuba memanggil anggota penyelamat yang masih mencarinya tetapi suaranya sudah tidak keluar.


Kosmo!

13 Mac 2009


Oleh NURUL IZZA ROSLY dan SHAHRULNOOR ISHAK


KUALA LUMPUR - Kehilangan seorang lelaki, Razali Jaafar, 58, yang memancing di Sungai Belat, Jalan Kuantan - Pekan selama empat hari mungkin angkara hantu lelembut.


Itu dakwa Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Al-Attas sambil menggambarkan lelembut merupakan jelmaan mahklus halus.


"Kes melibatkan lelembut sebenarnya sudah lama berlaku, kira-kira 150 tahun yang lalu dan pernah ditulis oleh Walter William Skeat dalam buku Malay Magic pada 1866.


"Lelembut ini dikatakan mirip bunian dan menyerupai perempuan dan hanya beberapa individu sahaja yang kononnya pernah terserempak dengan makhluk ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Beliau berkata demikian mengulas insiden yang dialami Razali, yang hilang selama empat hari sejak Isnin lepas di Sungai Belat setelah mendakwa mengekori seorang wanita bersama seekor kambing gurun putih yang didakwanya membawa banyak makanan sehingga ke hilir sungai.


Akibat terlalu penat, Razali yang lesu terus rebah tidak sedarkan diri dan terbaring di tebing sungai sehinggalah dia dijumpai oleh anggota Bomba dan Penyelamat pukul 10 pagi kelmarin.


Dalam pada itu, Syed Abdullah menambah, lelembut jarang diperkatakan oleh masyarakat Melayu sebelum ini kerana ia bukan spesies hantu yang dibela.


Lelembut juga dakwanya lebih suka berkumpul sesama sendiri serta memilih persekitaran berair seperti kawasan tadahan air, empangan, tasik, laut, anak-anak sungai sebagai tempat bermastautin.


Kosmo!

14 Mac 2009

0 comments: