INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri Dunia

Thursday, April 23, 2009

 

Sekiranya anda membaca blog ini dari awal, anda akan dapati kebanyakan artikel yang aku cuplik daripada Berita Minggu. Artikel-artikel tersebut disiarkan dalam ruangan Misteri yang termuat dalam sisipan Dimensi tidak berapa lama dahulu. Kini ruangan itu telah dihentikan. Kebanyakan artikel ditulis dan disusun oleh junalis bernama Nasron Sira Rahim.

Kini anda dapat membaca tulisan Nasron Sira Rahim dalam buku terbaharunya berjudul Misteri Dunia, Rahsia di sebalik Rahsia yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Di dalam buku ini terdapat beberapa kisah misteri yang popular dari seluruh dunia seperti misteri lukisan Mona Lisa, misteri Bigfoot, misteri Piramid, Stonehenge dan sebagainya. Di samping itu terdapat juga jawapan dan rungkaian kepada perkara-perkara yang dianggap misteri oleh kita.

Kepada peminat-peminat dan pengkaji paranormal, supernatural dan kisah-kisah misteri, buku ini sesuai untuk anda.

0 comments: