LONDON - Sekeping gambar yang dirakam jurufoto amatur memenangi hadiah terbaik pertandingan imej seram dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan pakar yang menilai foto Christopher Aitchison mendapati gambar seorang wanita tua menjulurkan kepalanya dari istana lama Tantallon di North Berwick adalah tulen.
"Saya merakam gambar itu pada pukul 3 petang pada Mei lalu. Ketika itu saya tidak menyedari ada pelawat atau sesiapa di dalam gambar sehinggalah tiba di rumah," katanya.
Menurut Aitchison, petugas di istana lama yang terletak di England Timur itu mengesahkan tidak ada majlis atau sesiapa berada di lokasi gambar itu dirakam.
Gambar rakaman Aitchison itu diundi oleh panel hakim sebagai imej terbaik daripada lebih 250 gambar yang dihantar kepada penganjur Festival Sains Antarabangsa Edinburgh.
Hampir 250,000 pengundi Internet turut memilih gambar tersebut sekali gus menjadikan imej Aitchison berada di tempat teratas dengan 39 peratus percaya imej wanita tua itu ialah hantu.
Bagaimanapun, ada juga pengundi berpendapat imej tersebut ialah seorang pengunjung atau pantulan cahaya.
Gambar kedua terbaik ialah sekeping foto yang menunjukkan imej yang didakwa hantu pada cermin pandang sisi sebuah kereta mewah. - Agensi
Kosmo!
28 Mac 2009
0 comments:
Post a Comment