INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

9 UFO dirakam di timur London

Thursday, April 16, 2009

 

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan sembilan imej yang dipercayai sebagai UFO di timur London.


LONDON - Imej sembilan buah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang membentuk satu formasi di angkasa dirakam secara tidak sengaja oleh perkhidmatan baru Google, lapor sebuah akhbar semalam.


Seorang gadis, Faye Sharpe, 18, menemui imej tersebut ketika dia menggunakan perkhidmatan tersebut untuk meninjau kawasan kediaman di Wolverley Street, Bethnal Green, timur London.


"Saya sangka ia adalah kapal terbang tetapi kedudukan objek itu adalah terlalu dekat antara satu dengan lain. Mungkin ia adalah UFO," ujarnya.


Seorang pengkaji UFO, Nick Pope berkata, dia berasa teruja dengan imej gambar yang dirakamkan itu dan menganggapnya sebagai mempesonakan. - Agensi


Kosmo!

31 Mac 2009

0 comments: