INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Gambar di Marikh

Sunday, April 12, 2009

 


LONDON - Beberapa akhbar di Britain semalam menyiarkan imej yang menunjukkan lukisan seperti manusia sedang tersenyum di planet Marikh.

Akhbar-akhbar itu dengan bergurau menyatakan bahawa ia adalah bukti bahawa terdapat kehidupan di planet tersebut dan penghuninya sukar melakukan gurauan. Imej itu dirakamkan oleh sebuah objek peninjau milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang dihantar untuk melakukan misi saintifik.

Imej itu juga disiarkan sepuluh hari selepas robot Spirit milik NASA merakamkan gambar mirip seorang manusia sedang berjalan di planet Marikh.

Para saintis mendakwa simbol itu dipercayai wujud secara kebetulan di sebuah kawah akibat permukaan di planet tersebut.

Namun, ia tidak ubah seperti makhluk asing, Smash Martians yang pernah diiklankan di televisyen.

- Agensi.
30 Januari 2008

0 comments: