INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Anak kucing miliki dua muka

Sunday, April 12, 2009

 


AMARILLO, Texas – Seekor lagi anak kucing yang mempunyai dua wajah dilahirkan tetapi kali ini di Amarillo, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, penemuan seekor anak kucing yang juga memiliki dua mulut, empat mata dan dua hidung didedahkan oleh media di Alor Star Kedah pada 7 Februari lalu.

Bagaimanapun, seorang pemilik kucing dua wajah di Amarillo itu, Renee Cook terkejut melihat seekor anak kucing comel memiliki itu dua muka.

Anak kucing campuran Parsi tersebut adalah antara tujuh ekor anak kucing yang diletakkan di dalam bilik tidur wanita itu.

Pemilik anak kucing itu beranggapan sebaliknya dengan menyambut kedatangannya dengan penuh kasih sayang. – Agensi.

ALOR STAR – Kucing mempunyai dua muka. Walaupun pelik bunyinya, itulah yang berlaku kepada anak kucing yang dipelihara Ruziana Mohd. Ibrahim apabila ia dilahirkan dengan mempunyai dua muka yang tetapi berkongsi satu kepala.

Anak kucing itu yang dilahirkan awal pagi kelmarin mempunyai dua mulut, empat mata dan dua hidung itu kelihatan seperti dua kepala yang bercantum menjadi satu.

Kata Ruziana, anak kucing betina itu yang diberikan nama ‘Tuah’ akan dipeliharanya dengan baik bagi membolehkan ia terus hidup.

“Tuah macam lemah sikit berbanding dua lagi adik-beradiknya yang lain, ia tidak dapat menyusu dengan ibunya, jadi saya beli susu kucing dan berikan dengan picagari,” jelasnya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Tambah beliau, ibu Tuah terpaksa dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdekatan memandangkan terdapat kesukaran untuk melahirkan anak ganjil itu.

“Mungkin kerana kepala anaknya terlalu besar, lepas disuntik baru ia dapat beranak,” jelasnya.

Kosmo!
19 Februari 2008


0 comments: