INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Fenomena Misteri

Wednesday, April 22, 2009

 



Kisah ini dicuplik dari blog Al-Kisahnya.

Nombor satu:


Tengahari Jumaat tahun 2007.. Gua balik dari tempat kerja ke rumah sebab nak bersiap untuk mengerjakan solat Jumaat. Tepat pukul 12, gua masuk ke bilik air (bilik air dengan tandas rumah gua kat luar..) dan bukak paip shower. Tiba-tiba telinga gua terasa berdesing sangat. Makin lama makin kuat sampaikan gua tak dengar benda lain lagi dah.

Lepas tu gua secara tiba-tiba rasa sesak nafas. Badan gua pulak menggigil-gigil dengan sendirinya dan mata gua tak nampak apa-apa. Kabur semuanya macam tengah tengok lampu kalimantang dalam jarak tak sampai satu inci. Gua dapat rasa ada air mengalir ke seluruh tubuh badan tapi gua tetap tak dapat buat apa-apa. Tangan gua terkapai-kapai tapi gua tak tau nak gapai apa.

Tiba-tiba semuanya pulih dengan sendirinya. Nafas gua tercungap-cungap. Letihnya tak boleh nak digambarkan. Macam baru lepas kena berlari pecut 100 meter. Gua perhatikan keadaan sekeliling. Paip shower berhenti mengalir, kepala paip kolah pecah dan memercik ke serata tempat. Baju melayu dan seluar panjang yang gua pakai habis basah. Gua keluar dari bilik air dan meneka-neka sendiri, "Apa yang dah jadi tadi..?!".

Kata kawan-kawan gua :- "Kau kena rasuk kot..?!"

Entah laa.. Sampai sekarang gua tak tau apa yang terjadi sebenarnya.



Nombor dua:


Juga pada tahun 2007 sewaktu bini gua mengandung tiga bulan. Malam tu gua terasa nak terkucil sangat. Jadi gua pun keluar ke bilik air untuk melepaskan hajat. Tiba-tiba gua dengar bunyi sesuatu yang berat jatuh dari arah kebun berhampiran. Gua cepat-cepat tutup shower dan keluar dari bilik air. Gua tengok keadaan sekeliling. Senyap dan gelap-gelita. Bila gua toleh ke pintu dapur, gua nampak bini gua tengah terpegun sorang-sorang. Matanya melekat ke arah kebun tempat gua dengar bunyi berdebuk tadi.

Gua tepuk bahu bini gua dan tanya kenapa. "Nampak mata merah kat hutan tu..", kata bini gua sambil menggigil. Gua terus patah balik ke arah kebun tu dan periksa kalau-kalau ada lotong ke ataupun monyet tapi takde apa-apa pun. Sudahnya gua suruh bini gua masuk ke dalam rumah.

Pagi besoknya, bini gua mengadu kat gua yang dia bermimpi buruk. Katanya dia nampak ada satu makhluk hitam bertanduk berdiri kat depan dia. Makhluk tu cakap dia nakkan budak kat dalam perut bini gua tu. Maka hari tu gua pegi kerja dengan perasaan tak tenang. Balik dari kerja, gua terus bawak bini gua ke kampung jiran dan berjumpa dengan sedara bapak gua. Orang tua tu kata ada 'Gondoruwo' (orang jawa tau laa benda ni).. Makhluk yang katanya besar macam gorilla dan berbulu hitam. Lepas tu dia adun garam kasar bersama cuka lalu dibacakan ayat-ayat suci. Gua sendiri duduk sebelah dia. Dia suruh gua taburkan garam yang dicampurkan dengan cuka tu ke sekeliling bilik tidur.

Dulu gua kurang percaya dengan benda-benda ni semua. Tapi lepas apa yang berlaku, gua kena akui yang kita berkongsi dunia dengan pelbagai lagi makhluk ciptaan-Nya tak kiralah yang boleh dilihat ataupun tidak.

Korang macammana?

1 comments:

cerpelai said...

Aiyarrk..!!
Terkincit gua tengok gambar kat sini bro..
Kehkehkeh..

Itu laa antara pengalaman gua dulu.. Sahih dan gua tak berniat untuk menipu.. Bak kata Erni dalam filem Pendekar Bujang Lapok : "Ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian.."